Kenyataan Akhbar oleh Wong Hon Wai, Bendahari DAP Pulau Pinang di George Town pada 23-6-2015
Saya mengecam tindakan Pemuda UMNO Tanjung Pulau Pinang yang bertindak liar membakar bendera DAP di bangunan KOMTAR.
Saya menyeru semua penyokong-penyokong DAP supaya bertenang dan tidak bertindakbalas terhadap tindakan Pemuda UMNO Tanjung.
DAP sebagai sebuah parti yang mewakili semua kaum dan saya perlu mengingatkan Pemuda UMNO Tanjung bahawa tindakan bodoh mereka bukan satu tindakan yang selari dengan semangat bulan Ramadan.
Notis peringatan terhadap signage UMNO yang tidak dipohon ini dikeluarkan oleh MBPP ialah satu notis pentadbiran. Pihak berkenaan perlu memenuhi keperluan pentadbiran.
Sepatutnya permohonan signage perlu ditangani dengan bijak oleh pemohon bangunan dan bukan dengan reaksi pembakaran bendera parti DAP.
Saya berasa kesal dan harap mereka yang melakukan khianat ini insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Wong Hon Wai